Saturday, January 2, 2010

HATI

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ingatlah, sesungghnya dalam diri manusia itu ada segumpal daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badan itu, jika daging itu rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" - HR. Bukhari


Berkata Imam Ghazali: "Hati adalah roh yang perlu dijaga akan kebaikannya kerana ianya sangat berpengaruh terhadap anggota yang lain."


Dari kedua-dua ungkapan diatas dapatlah disimpulkan bahwa hati ada pemimpin kepada tubuh manusia (rakyat). Sekiranya pemimpin itu baik, maka sekalian rakyatnya akan baik, begitu pula sebaliknya. Oleh itu hati perlu dijaga supaya tidak diserang oleh virus yang boleh merosakkannya.


Secara amnya hati manusia terbahagi kepada EMPAT karekter


1. Hati yang sentiasa bercahaya, terang berkilau kerana sentiasa berzikir kepada Allah, itulah hati orang mukmin.


2. Hati yang hitam dan gelap, ini merupakan hati orang kafirun.


3. Hati yang selalu tertutup dan dalam kegelapan, lupa mengingati Allah, ini adalah hati orang munafik.


4. Hati yang terkadang tertutup untuk mengingati Allah, ini adalah hati mukmin dan munafik.


Yang manakah karekter hati kita ?


Justru itu marikah sahabatku kita bersama berusaha untuk menghidupkan hati dengan selalu ingat kepada Allah (zikrullah)

Nabi bersabda yang bermaksud
"Seafdhal-afdhal zikir adalah zikir khofi (zikir hati)".


Wallahualam..

No comments:

Post a Comment