Friday, January 1, 2010

PETUNJUK UTAMA PRESTASI (PUP)

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)


Setiap hujung tahun atau awal tahun setaip pegawai kerajaan tanpa mengira pangkat dan jawatan akan sibuk menyediakan PUP masing2 untuk dihantar ke Ketua Jabatan bagi mendapat persetujuan, walau pun setetengah dan mungkin juga ramai pegawai tidak pun begitu faham akan kehendak PUP tersebut.


Apakah itu PUP?


Dengan bahasa yang mudah PUP adalah penetapan matlamat yang hendak dicapai pada tahun berikutnya (sekiranya ia disediakan pada hujung tahun sebelumnya) atau tahun semasa (sekiranya ia disediakan pada awal tahun) berasaskan kepada faktor2 tertentu. Hal ini amat difahami oleh setiap warga organisasi.


Dalam sibuk menyediakan KPP jabatan, pernahkah kita terfikir atau bertanya kepada diri kita sendiri,


“Apakah PUP saya terhadap Allah Subhanahuwata’ala, dan bagaimana untuk menyempunakanya dan apa pula kayu pengukurnya.”


Mampukah kita menjawab persoalan di atas. Yang pasti ianya amat rumit untuk dihuraikan. Bagaimanapun marilah kita lihat secara ringkas dari persepsi - 4I yang mana ia berkait antara satu sama lain, jika salah satu rosak semuanya akan rosak iaitu,


ILMU - Ilmu merupakan kunci kepada segala2nya, tanpa ilmu hidup adalah sia-sia. Justeru itu mencari dan meningkatkan ilmu amat penting kepada umat Islam semua.


IMAN - Iman pula merupakan manifestasi dari ilmu, tanpa ilmu kita gagal memahami sesuatu maka iman tidak akan terbentuk.


IBADAH - Ibadah pula ada manifestasi dari iman, dimana orang yang beriman akan sentiasa memantapkan iman mereka dengan beribadah dan beramal soleh.


IKHLAS - Ikhlas pula ada merupakan pelengkap kepada ketiga-tiga di atas, tanpa ikhlas ianya boleh rosak. Tidak ada apa yang perlu capai selain mardhatillah (keredhaan Allah).


Kesimpulannya dalam kita sibuk menyediakan PUP setiap tahun, jangan lupa untuk kita menyiapkan PUP yang akan dibawa bertemu dengan Allah.


Wallahualam

1 comment:

pak ya said...

TQ atas perkongsian ilmu!!!!!!!!!!

Post a Comment